Tuesday, April 19, 2016

Mohon jaga 💓 masing masing., Mohon basuh 💓

Assalamualaikum.. 

Huh,rasanya semalam dan hari ni bermain dengan emosi aku.. Sedi, mara ,kecewa,bercampur baur dah perasaan ni.baru sahaja dapat perkhabaran yang gembira suda datang pula cerita yang kurang sedap d dengar.. Benar la bagai d kata,Ini adalah akhir Zaman, fitnah berleluasa..

Semalam aku baru sahaja whatsApp member aku serkup dia dengan persoalan
".. ko gitau c.. aku prengant?"

Nthen member aku jawab la seperti ⇓⇓


Guys...,
Korang rasa bila dengar perkhabaran bgitu apa perasaan korang?

Aku keguguran?
Perkataan yang tidak pernah sama sekali aku lontarkan apatah lagik telintas d benak  fikiran ku. Kalau itu la cara dia ingin membongkar segala privacy orang,dengan menabur cerita sedemikian rupa,memang dia patut aku sisihkan..dan kepercayaan aku terhadap dia 0% saat dan ketika ini aku mulai sedar mana kaca dan mana permata. Benar la bagai d kata,rambut sama hitam tapi hati lain lain.. Dah la melontarkan perkataan sedemikian langsung xda rasa bersalah mahupun memohon maaf. 

Kenapa mulut sendiri xbertanya? Kenapa sanggup buat cerita? Alahai manusia yang aku anggap sebagai kawaan,mohon la bertaubat,mohon dekatkan diri dengan Allah Swt, pintu rezeki Allah luas,ada sejadah bentangkn,ada tangan tadahkan,mohon minta sepertimana rezeki orang dapat anak 2 sampai jua kepada diri sendiri.napa ada perasaan dengki terhadap orang lain..
Aku jua punya sebab sendiri kenapa aku merahsiakan kandungan ku. Itu adalah demi kebaikan anak yang aku kandungkan ini. 
Mohon maaf pada pihak yang berkenaan sekiranya dia merasakan aku ni terlalu berahsia malah memili org tertentu yang mengetahui kandungan ini, aku harap dia sendiri maklum, bab bab memgandung ni amat sensitif bagi dia,aku jua insan yang ingin menjaga perasaan dia.. sungguh aku kecewa..

Dalam facebook ku saja ada brapa org yang masi belum d berikan kesempatan merasai nikmat memgandung,jadi langkah berdiam diri tanpa berkongsi itu adalah cara terbaik aku dalam menjaga perasaan orang lain..benarkan tidak semua orang suka dengan apa yang kita dapat dan miliki? Tidak semua orang dapat menerima? Tidak semua orang suka melihat kegembiraan kita hatta kebahagiaan kita..
Rezeki yang Allah kurniakan tidak pernah tersalah alamat,tapi bila tiba masa dan waktunya ianya akan sampai tepat pada masanya.
Aku rasa xda guna aku menulis memanjang d sini,nanti bisa memburuk kan.. dan aku jua d garisan sedar bukan berada d tempat mereka,tapi apakah sebab aku bukan d tempat mereka harus d perlakukan sedemikian rupa? Aku jua manusia punya hati dan perasaan. Mohon la sesama kita menjaga hati masing masing.


Kata itu melambangkan hati buruk kata maka buruk la hati.♥

yayang + sayang 50years