Tuesday, April 19, 2016

Mohon jaga πŸ’“ masing masing., Mohon basuh πŸ’“

Assalamualaikum.. 

Huh,rasanya semalam dan hari ni bermain dengan emosi aku.. Sedi, mara ,kecewa,bercampur baur dah perasaan ni.baru sahaja dapat perkhabaran yang gembira suda datang pula cerita yang kurang sedap d dengar.. Benar la bagai d kata,Ini adalah akhir Zaman, fitnah berleluasa..

Semalam aku baru sahaja whatsApp member aku serkup dia dengan persoalan
".. ko gitau c.. aku prengant?"

Nthen member aku jawab la seperti ⇓⇓


Guys...,
Korang rasa bila dengar perkhabaran bgitu apa perasaan korang?

Aku keguguran?
Perkataan yang tidak pernah sama sekali aku lontarkan apatah lagik telintas d benak  fikiran ku. Kalau itu la cara dia ingin membongkar segala privacy orang,dengan menabur cerita sedemikian rupa,memang dia patut aku sisihkan..dan kepercayaan aku terhadap dia 0% saat dan ketika ini aku mulai sedar mana kaca dan mana permata. Benar la bagai d kata,rambut sama hitam tapi hati lain lain.. Dah la melontarkan perkataan sedemikian langsung xda rasa bersalah mahupun memohon maaf. 

Kenapa mulut sendiri xbertanya? Kenapa sanggup buat cerita? Alahai manusia yang aku anggap sebagai kawaan,mohon la bertaubat,mohon dekatkan diri dengan Allah Swt, pintu rezeki Allah luas,ada sejadah bentangkn,ada tangan tadahkan,mohon minta sepertimana rezeki orang dapat anak 2 sampai jua kepada diri sendiri.napa ada perasaan dengki terhadap orang lain..
Aku jua punya sebab sendiri kenapa aku merahsiakan kandungan ku. Itu adalah demi kebaikan anak yang aku kandungkan ini. 
Mohon maaf pada pihak yang berkenaan sekiranya dia merasakan aku ni terlalu berahsia malah memili org tertentu yang mengetahui kandungan ini, aku harap dia sendiri maklum, bab bab memgandung ni amat sensitif bagi dia,aku jua insan yang ingin menjaga perasaan dia.. sungguh aku kecewa..

Dalam facebook ku saja ada brapa org yang masi belum d berikan kesempatan merasai nikmat memgandung,jadi langkah berdiam diri tanpa berkongsi itu adalah cara terbaik aku dalam menjaga perasaan orang lain..benarkan tidak semua orang suka dengan apa yang kita dapat dan miliki? Tidak semua orang dapat menerima? Tidak semua orang suka melihat kegembiraan kita hatta kebahagiaan kita..
Rezeki yang Allah kurniakan tidak pernah tersalah alamat,tapi bila tiba masa dan waktunya ianya akan sampai tepat pada masanya.
Aku rasa xda guna aku menulis memanjang d sini,nanti bisa memburuk kan.. dan aku jua d garisan sedar bukan berada d tempat mereka,tapi apakah sebab aku bukan d tempat mereka harus d perlakukan sedemikian rupa? Aku jua manusia punya hati dan perasaan. Mohon la sesama kita menjaga hati masing masing.


Kata itu melambangkan hati buruk kata maka buruk la hati.♥

Friday, April 8, 2016

Nikmat Apakah lagi yang aku ingin dustakan...setelah DIA mengurniakan Rezeki yang sangat bernilai πŸ’

Assalamualaikum..

Alahai,sunyi sepi blog aku ni slama 2bulan.. huh,bukan malas tapi keadaan yang tidak mengizinkan,d tambah lagik kita ni guna mobile tenet so kena la berjimat cermatπŸ˜€

Alhamdulillah,kandungan berada dalam keadaan baik baik saja,semoga d permudahkan saja. Takat ni aku takda la nak heboh sana sini,yang cuma tau pun orang orang yang berada dekat d samping aku,cukup la ianya bukan untuk pengetahuan umum.
Kita paham,ada sesetengah orang mesti hepi dengan perkhabaran ni,tapi terkadang ada juga sesetengah ucapan bisa buat kita terguris bahkan bisa berbolak balik hati kita.,mungkin saja ucapan itu mungkin mendoakan tapi apalah kuasa kita untuk mengiyakan.sebagai contoh

"Tahniaaa harap harap lepas ni gurl/boy"
" eh anak c anu i2 sepasang sudaaa,bagusla bha kalau dapat sepasang"
☞ banyak lagik laa yang xdapat nak d senaraikan.. huhu

Tidak d nafikan aku saja terkadang punya impian sebgitu menginginkan,tapi aku sentiasa kena bersangka baik atas apa yang Allah telah kurniakan keatas aku,sama ada boy or gurl aku tetap trima,husband pun slalu cakap anak itu rezeki nikmat daripada Allah. Jangan kita dustakan..
Tidak ramai wanita yang bertuah seperti aku,menginginkan tapi d uji hebat, aku sendiri melihat keadaan d sekeliling aku,sama ada kawan sendiri mahupun wifey2 kwn2 husband, bertahun kawen tapi masi belum punya zuriat, ada juga d berikan nikmat merasa mengandung tapi nikmat 2 sekejap saja, ada yang melahirkan anak,cukup sifat lahirnya tapi d uji hebat,anak itu hanya sementara dapat melihat ibu ayahnya..
Jadi mengapa perlu aku meminta lebih lagi sedangkan kurniaan itu pun sudah lebih besar. Belajar bersyukur,bersyukur dengan apa yang kita dapat. 

Ujian itu jua merupakan nikmat bagi kita,kita merasakan ujian sebesar kapal,tapi kita lupa pula akan rahmat Allah sebesar lautan. Hidup ni memang akan sentiasa d uji.. 
Dapat anak Allah uji lagi sama ada kita menjaga amanah 2 dengan sebaiknya atau tidak. Benarkan? Ujian takkan berhenti d situ saja. Yang penting tingkatkan la keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT. Sentiasa la bersangka baik PadaNYA.sentiasa bersabar dalam menerima ujian ujian yang mendatang.. 

Sedar tak sedar,usia kandungan dah pun menjangkau 4bulan ++ huhu, sejujurnya usia kandungan yang terlalu muda ni,aku merasakan setiap denyutan dan gerakkannya, Ada segelintir ibu ibu,dalam 5bulan baru merasainya,lain orang lain kan pengalamannya.. hehe.
Oh ya,aku dah pun berklinik,hanya daftar d klinik gov,kalau ikutkan area yang kami tinggal ni d bawah pengawasan Klinik Desa Pengalat Besar,so far alhamdulillah,layanan dan pengurusan sangat sistemmatik, kita takda lagik jumpa JM yang sok sok berlagak becakap kasaar bagai,semuanya penuh kesopanan dan kesusilaan.. Kalau rujukkan doc pulak,kami akan d rujuk d KKIA Papar, Alhamdulillah staf n Doc pun ok. Sangat sangat teratur dan sistemmatik, bila datang pun senang hati,yela ibu mengandung ni biasanya mesti mengharapkan keadaan yang selesa.

Semoga kandungan senantisa dalam keadaan sihat,d lindungi Allah SwT sehingga la selamat lahir kedunia.. Boy Or Gurl itu semua kuasa Allah,yang penting lahirnya sihat dan dalam keadaan yang sempurna..  


yayang + sayang 50years