Thursday, December 31, 2015

baling belakang 2015..

Assalamualaikum

Alhamdulillah masi d berikan kesihatan yang baik,masi d berikan peluang untuk bernafas d bumi pinjaman ini,masi d berikan peluang lagi berkongsi setiap rasa dan isi hati..
Sejak akhir akhir ini aku lebih banyak memencilkan diri,menikmati saat2 yang indah bersama suami dan anak..sesekali ada juga aku menjengah dalam ig,twitter,wasap,tp sekadar menjengah,tidak la seaktif dulu. Facebook pun aku dah deactive kan. Dan yang pasti ruang ruang yang ada aku sisipkan dengan mempelajari ilmu agama.

Tinggal beberapa jam saja lagi tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Yang pasti tahun ni meninggalkan seribu rasa dalam rencah kehidupan.Seperti tahun tahun sebelumnya,aku langsung tak meletakkan azam.cuma niat itu ku panjangkan dalam mendalami dan mempelajari ilmu agama harapan ku bukan menjadi wanita yang sempurna tapi menjadi wanita yang lebi baik.

Jika d selak lipatan sejarah 2015,tahun adalah tahun yang amat mencabar buat kami berdua.

April.
1kegembiraan buat kami bila suami dapat berpindah d negeri sendiri,walaupun bukan d daerah sendiri tapi skurang kurangnya ianya tidak jauh daripada family. Bila dah berpindah macam 2 kena la banyak kesabaran. Yang pindah 2 suami kita,yang pasti kita terpaksa bermula dari kosong.sebab apa? Kita just bawak apa yang perlu sahaja,barang kita tinggal,dan kena tunggu turn untuk penghantaran..amat sakit jugak la,seolah seperti pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Hahaha 
Dan pengalaman buruk yang tak dapat aku nak lupa kan bila d saat2 tengah bz packing barang 2 datang la jiran aku yg meroyan tak menentu pasal. Aku rasa langsung xda masalah dengan dia,tapi rasanya dia langsung xboleh nak trima kenapa aku xacpt dia dekat fb,kenapa aku xmesej or kenapa aku jarang lepak.. senang crita aku suka privacy i2 sahaja..at the end dia sendiri yang blok aku dekat fb.. makin tua makin tak matang.aku jnis tak suka nak cari musuh. Itu sebab aku lebi suka akan privacy. 

Ogos.Raya.
Raya tahun ni jugak menyaksikan aku dan husband beraya singkat d kampung. Yela berpindah d tempat baru,so undang undang dia x sama la,cuti kena tunggu turn 6tahun baru boleh cuti raya..payah kan? Hakikat yang harus d telan.cukupla niat kami berdua tertunai ,beraya bersama orang tua. Membahagiakan orang tua slagi mereka masi bernafas d bumi pinjaman ini,

Nov.
Tahun amat menyedihkan buat aku apabila razin d sahkan menghidap penyakit hernia.. 3minggu aku cuba untuk bertahan untuk tidak membawanya rawatan hospital..
Dan akhirnya razin d masuk kan ke hospital dan terpaksa d bedah.. itu adalah mimpi ngeri buat aku dan suami,walaupun ianya adalah minor kes,tapi hati ibu bapa mana yang tak risau melihat keadaan anak d jarum,terpaksa berpuasa selama 13 jam,menipu razin d dalam dewan bedah. Ya allah itu adalah satu kekecewaan buat aku..
"Razin baring dulu ya nak,kejap lagik amber (ambulance. Penangan robocarpoli) amik razin.."
Ayat penipuan aku buat razin,yang sememangnya suda mengerti apa akan terjadi.. dan paling menyedihkan bila segala ubatan d cucuk d tangan razin,dan razin meraung kesakitan.. luluh hati,gugur airmata melihat keadaan razin. Dalam 40min proses pembedahan 2,selesai saja aku d bawa menemui razin.. hanya tuhan saja yang tahu air mata berguguran tanpa henti melihat keadaan razin meracau 
"Adik xmau naik amber,adik xmau di sini adik mau jumpa abah" 
Ya Allah salah aku dalam penipuan ini.. selesai drama airmata,kami bergegas bawak razin naik amblnce,tunaikan hajat dia yang tertipu 2. Dan keesokkan harinya razin d benarkan pulang.tapi akan ada temu janji selepas 2bulan..  bagaimana memujuk razin ke hospital? Aku sendiri xpasti.. itu adalah igauan ngeri bagi razin dan jua kami..

Dec.
Adikku dah pun tamat f6,tinggal tunggu keputusan,aku harap ianya pasti membanggakan buat aku dan bapa.. d usia dari 13thn membesar tanpa kasih sayang mama,aku tak tahu apa prasaan dia.mungkin seperti aku sentiasa menangis dihati dan kini dia berusia 18tahun. Sedi hati mengenangkan sekarang ni dia dah mula bekerja,dengan niat tolong bapa dan kumpul duit untuk sambung study.. sebak hati,mengenangkan bapa dan adik.semoga Allah melimpahkan seluruh rahmat buat mereka berdua. owh yaaa bapa aku dah pencen,100% life dia skrg mendalami ilmu agama,knapa tak cari pengganti arwah mama? Cukup la dengan cinta buat mama walaupun bukan lagi d alam nyata ni buat dia bahagia,walaupun dengan berlinangan airmata, agungnya cinta.

Huh drama jugak tahun 2015 ni. Tak dapat nak coret memanjang. Cukup la 2 ayat tunggang langgang aku..aku ni bukannya pandai sangat nak mengarang macam vlogger yg lain 2..heheh tapi In sha Allah akan d perbaiki..

Selamat datang 2016



yayang + sayang 50years