Sunday, February 15, 2015

Cinta itu bersemi saat Aku menolaknya

Assalamualaikum..

Jika d buka lipatan sejarah bulan februari ni memang sangat sangat memberi catatan yang manis buat aku dan Encik Husband.Bila sebut tentang 14feb ni,ianya agak sensitifkan bagi yang beragama islam. Yang aku nak update ni bukanla benda yang berkaitan ngn Valentine Day..

14feb2011
merupakan titik permulaan d mana aku berjumpa ngan husband aku setelah 7tahun tak berhubung mahupun bersua.. yang paling kami ingat adalah kali terakhir bertentang mata "last paper spm 2004". Titik. Lepas daripada 2,kami masing2 melalui coretan cerita hidup suka gembira susa dan senang dalam diari hidup.Dan kami jua tidak pernah terlintas akan d pertemukan semula,apatah lagi menjadi sebahagian daripada hidup masing masing. Pertemuan kami ringkas saja, Duduk minum d restoran selera tanjung,just sengih2 ketawa2 senyum2..hahaha 2jela. Sangat ringkaskan? 

16feb2011
Masa 2 kami mula membincang kan 1 perhubungaan kearah yang lebi serius. Nak crita panjang berjela rasanya tak perlu la kan.. dia (Encik Husbnd) meletakkan syarat syarat keatas perhubungan kami.. syarat? Hahaha macam cinta kontrakan plak kan?
Seingat aku syarat 2 menyatakan 
-3Bulan adalah tempoh utk kami mengenali hati budi masing masing
-Berhak memutuskan sekiranya rasa kurang berkenan.

Ayat lebi kurang macam 2 la..hahaha mesej panjang berjela nok..mana la mummy ingat dah 4tahun berlalu hahahaha

Lepas 2?? Haaa seperti biasa mesej chat.. haaa masa 2 aplikasi whatsapp xda lagi,yang ada hanya la yahoo mesengger.. dan masa 2 dia nak balik ke kk paling ingat ayat ni 
"kalau aku naik pangkat tahun ni,hujung tahun aku pinang kau"
ayat 2 tak la manis sangat tapi ianya seolah2 memberi harapan untuk sesebuah perhubungan itu akan berakhir dengan nota permulaan hidup baru.. kan?

Menjalani kehidupan seperti biasa dan akhirnya Apa yang dia cakap dan niatkan mendapat keredhaan Allah.

2sept2011
Kami bertunang..act ikutkan permintaan dia,nak sangat kawin akhir tahun 2011,tapi masa 2 bapa aku xbersetuju untuk kami langsungkan majlis pada akhir tahun,yela kena pikir nak uruskan itu ini dalam masa yang singkat bukan la 1 benda yang senang lebi lebi lagi aku mana ada mak so kena paham la kebergantungan aku 100% hanya kepada wali aku..dan kebetulan jua dia pada masa 2 bakal menjalani kursus asas selama 3bln.. so niat tuk bina masjid 2 d tunda kepada 17feb2012..

17feb2012.
 Bermulanya kisah baru dalam kehidupan..dan masa itu dalam fikiran hanya terlintas ini adalah realiti bukan fantasi..


16feb2011-17feb2012( 1thn1hari..)
Takdir dan waktu serta jodoh itu semuanya adalah rahsia Allahkan? Berjodoh dengan orang yang langsung aku sendiri tak pernah terfikirkan..








yayang + sayang 50years