Thursday, December 31, 2015

baling belakang 2015..

Assalamualaikum

Alhamdulillah masi d berikan kesihatan yang baik,masi d berikan peluang untuk bernafas d bumi pinjaman ini,masi d berikan peluang lagi berkongsi setiap rasa dan isi hati..
Sejak akhir akhir ini aku lebih banyak memencilkan diri,menikmati saat2 yang indah bersama suami dan anak..sesekali ada juga aku menjengah dalam ig,twitter,wasap,tp sekadar menjengah,tidak la seaktif dulu. Facebook pun aku dah deactive kan. Dan yang pasti ruang ruang yang ada aku sisipkan dengan mempelajari ilmu agama.

Tinggal beberapa jam saja lagi tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Yang pasti tahun ni meninggalkan seribu rasa dalam rencah kehidupan.Seperti tahun tahun sebelumnya,aku langsung tak meletakkan azam.cuma niat itu ku panjangkan dalam mendalami dan mempelajari ilmu agama harapan ku bukan menjadi wanita yang sempurna tapi menjadi wanita yang lebi baik.

Jika d selak lipatan sejarah 2015,tahun adalah tahun yang amat mencabar buat kami berdua.

April.
1kegembiraan buat kami bila suami dapat berpindah d negeri sendiri,walaupun bukan d daerah sendiri tapi skurang kurangnya ianya tidak jauh daripada family. Bila dah berpindah macam 2 kena la banyak kesabaran. Yang pindah 2 suami kita,yang pasti kita terpaksa bermula dari kosong.sebab apa? Kita just bawak apa yang perlu sahaja,barang kita tinggal,dan kena tunggu turn untuk penghantaran..amat sakit jugak la,seolah seperti pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Hahaha 
Dan pengalaman buruk yang tak dapat aku nak lupa kan bila d saat2 tengah bz packing barang 2 datang la jiran aku yg meroyan tak menentu pasal. Aku rasa langsung xda masalah dengan dia,tapi rasanya dia langsung xboleh nak trima kenapa aku xacpt dia dekat fb,kenapa aku xmesej or kenapa aku jarang lepak.. senang crita aku suka privacy i2 sahaja..at the end dia sendiri yang blok aku dekat fb.. makin tua makin tak matang.aku jnis tak suka nak cari musuh. Itu sebab aku lebi suka akan privacy. 

Ogos.Raya.
Raya tahun ni jugak menyaksikan aku dan husband beraya singkat d kampung. Yela berpindah d tempat baru,so undang undang dia x sama la,cuti kena tunggu turn 6tahun baru boleh cuti raya..payah kan? Hakikat yang harus d telan.cukupla niat kami berdua tertunai ,beraya bersama orang tua. Membahagiakan orang tua slagi mereka masi bernafas d bumi pinjaman ini,

Nov.
Tahun amat menyedihkan buat aku apabila razin d sahkan menghidap penyakit hernia.. 3minggu aku cuba untuk bertahan untuk tidak membawanya rawatan hospital..
Dan akhirnya razin d masuk kan ke hospital dan terpaksa d bedah.. itu adalah mimpi ngeri buat aku dan suami,walaupun ianya adalah minor kes,tapi hati ibu bapa mana yang tak risau melihat keadaan anak d jarum,terpaksa berpuasa selama 13 jam,menipu razin d dalam dewan bedah. Ya allah itu adalah satu kekecewaan buat aku..
"Razin baring dulu ya nak,kejap lagik amber (ambulance. Penangan robocarpoli) amik razin.."
Ayat penipuan aku buat razin,yang sememangnya suda mengerti apa akan terjadi.. dan paling menyedihkan bila segala ubatan d cucuk d tangan razin,dan razin meraung kesakitan.. luluh hati,gugur airmata melihat keadaan razin. Dalam 40min proses pembedahan 2,selesai saja aku d bawa menemui razin.. hanya tuhan saja yang tahu air mata berguguran tanpa henti melihat keadaan razin meracau 
"Adik xmau naik amber,adik xmau di sini adik mau jumpa abah" 
Ya Allah salah aku dalam penipuan ini.. selesai drama airmata,kami bergegas bawak razin naik amblnce,tunaikan hajat dia yang tertipu 2. Dan keesokkan harinya razin d benarkan pulang.tapi akan ada temu janji selepas 2bulan..  bagaimana memujuk razin ke hospital? Aku sendiri xpasti.. itu adalah igauan ngeri bagi razin dan jua kami..

Dec.
Adikku dah pun tamat f6,tinggal tunggu keputusan,aku harap ianya pasti membanggakan buat aku dan bapa.. d usia dari 13thn membesar tanpa kasih sayang mama,aku tak tahu apa prasaan dia.mungkin seperti aku sentiasa menangis dihati dan kini dia berusia 18tahun. Sedi hati mengenangkan sekarang ni dia dah mula bekerja,dengan niat tolong bapa dan kumpul duit untuk sambung study.. sebak hati,mengenangkan bapa dan adik.semoga Allah melimpahkan seluruh rahmat buat mereka berdua. owh yaaa bapa aku dah pencen,100% life dia skrg mendalami ilmu agama,knapa tak cari pengganti arwah mama? Cukup la dengan cinta buat mama walaupun bukan lagi d alam nyata ni buat dia bahagia,walaupun dengan berlinangan airmata, agungnya cinta.

Huh drama jugak tahun 2015 ni. Tak dapat nak coret memanjang. Cukup la 2 ayat tunggang langgang aku..aku ni bukannya pandai sangat nak mengarang macam vlogger yg lain 2..heheh tapi In sha Allah akan d perbaiki..

Selamat datang 2016



Wednesday, December 9, 2015

"whatsApp.Wasap.Wasup."📴

Assalamualaikum...

Lama benar ndak melawat blog ni,last update syawal hari 2... hehehe okay kali ni keberadaan aku d kampung halaman,mengisi ruang ruang yang ada untuk orang yang tersayang...

Okay guys kali ni aku nak stori skit tentang grup WhatsApps.. sejak akhir akhir ni semakin femes nitezen kita dengan grup grup whatsapps,grup skola la,grup family la,grup keja la dan banyak lagik la. bercerita mengenai grup,yang jadi isu sekarang ni adalah grup grup sekolah,tidak kirala samaada grup skola menengah or skola rendah hehehe...
yela,bila dah ko dah d masukkan dalam grup 2,slalunya macam macam ragam yang ko akan nampak,ada yang tukang kecoh ada yang tukang agama,ada yang silentreader,ada yang pak lawak dan macam macam lagik la.

Seyes cakap,dalam grup whatsapps ni,pada awalnya saja memang rasa kecoh,yealaaa sesi perkenalan sesi throwback nak imbas balik muka muka yang dah lama ko tinggalkan jauh d belakang.Bila dah macam 2,group admin akan bincang la nak buat reunion la,reunion mini la.siap set masa dan tarikh,member pun kecoh la,janji macam 2 janji macam ni,alih alih yang datang 2 just 5 6 orang..hahahha i2 dah jadi perkara normal la,yela kena ingat tak smua yang ada dalam grup 2 ada masa untuk aktiviti kawan,meyb ada yang keja jauh,meyb ada yang sibuk ngan family,ada yang sibuk ngan ank kucing,ada yang sibuk kucing nak beranak la,nenek sakit la nenek mau kawen la...hahhahaha dah masak la weiiiii...

Awal bulan sept tak silap aku,satu grup EX STUDENT SKBDT telah d tubuhkan,dalam 2 diorang masuk kan no aku,ada jugak la sesekali nama aku d sebut sebut,aku just jadik pemerhati je,ntah topik apa saja yang d bualkan dalm grup 2,bila orang left diorang dok meroyan.suka hati mak bapak diorang la nak left ka nak stay ka nak silent ka,i2 hak diorang privacy diorang..sapa tahu kehadiran grup grup ni membuatkan hp dia hang ka..heheh Aku dalam hati ni tunggu masa juga nak left,sampai la satu masa 2,ada geng Ex class 6C buat grup,aku pun apa lagik left la grup EXSTUDENT SKBDT 2,lantak diorang la nak kutuk aku..hahahah jiwa kental beb... hati kena kering kontang..hahah

Dalam grup 2 baru la aku memunculkan diri,heheh memperkenalkan diri..ada yang ingat 2 Alhamdulillah la,yang tak ingat 2 asyik suru aku selfie,ahahah aku jenis bukan kaki selfie,n paling penting gambar whatsapps aku hide hahahah 

Baru baru 2 ada la perjumpaan kecil kecilan,sekadar meluangkan masa bersama kawan kawan,owh ya 2 kawan kawan skola rendah aku..hepi jugak la dapat bertemu semula selepas 15tahun. dan salah satunya adalah bertemu dengan bestfriend aku.. PUTERI NILAM.
Bila orang cakap muka dia banyak dah berubah,nthen aku rasa macam terpelik sikit,bagi aku xda perubahan pun,cuma dia kaler rambut je macam cik bravo dalam crita Dia isteri luar biasa 2..heheh dia je yang memang skepala ngan aku.. memang rindu gila masa 2..
Masa perjumpaan 2 aku bawak razeen,maklum la dah beranak pinak macam ni anak xboleh nak simpan merata,lebi elok anak aku usung ke hulu kehilir..Alhmdulillah walaupun just 5org,ok la,ada pertemuan selepas perpisahan.. hehe..

Untuk masa sekarang ni memandangkan hp aku dah rosak,apa2 update tentang grup memang aku tak dapat nak folo up..so sori la ye kengkawan... maafkan hamba..lagipula hamba dah pun deac facebook untuk sekian kalinya...seperti slalunya hahahah. 

Adakalanya hidup dengan privacy i2 lebi mengindahkan...



yayang + sayang 50years