Friday, March 20, 2015

Demam Teman Lelaki Upahan.. Akak dah jadik pengulas dik non

Assalamualaikum...

Weehooooo baru 2minggu xupdate,almaklum la busy skit husband dah balik kan, plus demam ngan drama Teman Lelaki Upahan..

Woohooo minggu depan merupakan epi yang terakhir untuk drama teman lelaki upahan.. ok jujur cakap memang jatuh cinta ngan drama ni,

➠ drama ni kalau tengok diorang tak macam berlakon tau,dia macam betul betul dalam dunia realiti,watak2 yang diorang bawak 2 memang berjaya membawa kita betul2 masuk dalam dunia "teman lelaki upahan"

➠ drama ni juga aku rasa best sebab dia berani ketengahkan pelakon yang bukan pebret penonton tau ,yela kadang aku tengok rakyat mesia ni,kalau nak tengok drama pelakon yang diorang minat kalau boleh nak perfect dari semua sudut muka ensem bagai la cantik la,badan sado la.. macam macam la.. 

okay kita biasa d sajikan dengan drama koprat.. walaupun cerita ni ada dato datin tan sri segala tapi kita kurang dengar n takkan nampak dalam crita ni projek ratusan ribu juta,yang ada pon cumala anak dato yang berlagak sombong.

➠ dan ni paling aku rasa best tau,tak da dan tak kan nampak kisah datin datin bengis rambut kepok kepok,beg mahal baju macam kain langsir bagai,mekap tebal tebal.. watak datin step mom kyra n umi El memang nampak natural,kita tak rasa pun crita ni kelas atasan... 

➠ drama ni ringkas dan tak meleret2 tau, macam nak tunggu seminggu merajuk bagai...cerita macam manis manis buah hahaha bahasa encik suami aku..

➠ okay dalam kelebihan mesti ada kekurangan tau,ok memandangkan tv dekat uma ni memang HD ianya xboleh tipu tau,masa abang long 2 pass away nampak mata dia gerak2 husbnd apa lagik gelak la,kita masa 2 mula dah nak nangis alih2 part abang long 2 aihh spoil laa... hehehe 

Waaa berjela tau aku senaraikan tentang drama ni aceceh.. okay la drama ni memang best,macam drama kerana terpaksa aku relakan.. stakat ni dua drama ni yang aku serius tengok,yang lain aku rasa macam crita meleret.. 

Dah macam pengulas drama la plak aku ni hahahha hope lepas tamatnya cerita ni,akan keluar la crita crita yang ringkas macam ni,bukan crita paksa memaksa kawen la,datin nak menantu cita rasa sendiri..macam macam la eh.. yang paling penting konsep ketuhanan 2,kena selit.. 

Mau kasi brapa bintang yaaaaaa?
✰✰✰✰✰

Hahaha ok duhhh

ASSALAMUALAIKUM..,

Tuesday, March 10, 2015

✿ Begolaknya Emosi ✿

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Razeen dah pun berumo 2tahun1bulan9hari. Dan ini bermakna,dalam tempoh itu juga la saya menjalankan tanggungjawab saya  sebagai seorang ibu menyusukan Razeen sepenuhnya.Setakat ni alhamdulillah tempoh menyusukan anak selama 2tahun cukup terlaksana.Ada sebab mengapa saya menyusukan dia sepenuhnya. cukup la salah 1 sebab ini ianya amat kukuh 

 ☞ "seorang suri uma sepenuh masa.saya bukan wanita bekerjaya,kehidupan saya bukan takat 1 2 8jam bersama anak,tapi 24jam sehari.jadi mengapa perlu saya membazirkan duit suami saya sedangkan saya sendiri mampu mnyusukan anak sya"

 jadi suara2 sumbang yang banyak mengata tentang saya,saya tolak tepi,bagi saya ianya adalah lumrah,manusia ada yg suka ada yg tidak.. sekarang adalah proses untuk saya menceraikan susu badan dari anak.. semoga d permudahkan,memang kena tabah,kena menjadi seorang ibu yang hatinya benar benar kering,kering sekering2nya.. agar perasaan simpati dan kesian ini tidak beraja dalam hati...

Banyak juga saya follow up dekat blogger2 yang share diorang punya pengalaman..serius cakap bila diri sendiri yang alami,memang payah. Setakat ni belum berjaya,seharian razeen tidak menyusu badan,perangai dia pun berubah,malam asyik nangis.. rasa simpati ngan razeen,kita ni seorang ibu,memang cepat benar luluh hati tatkala melihat anak dalam keadaan macam 2,kadang kadang kita terasa sangat kejam dan bila dah emosi merajai dalam diri kita pun menitiskan airmata,. Proses yang pertama ini sekian kalinya gagal.. now meyh just baca 1 doa yang  jumpa dekat tenet, ⇩
Ada la perubahan sikit sikit.. inshaAllah akan terus berjuang, semoga ﷲ mempermudahkan usaha saya ini..



⇪my lovely son.. mummy sayang razeen..

❀ Mrs ZsanaLoo❀

yayang + sayang 50years