Thursday, December 31, 2015

baling belakang 2015..

Assalamualaikum

Alhamdulillah masi d berikan kesihatan yang baik,masi d berikan peluang untuk bernafas d bumi pinjaman ini,masi d berikan peluang lagi berkongsi setiap rasa dan isi hati..
Sejak akhir akhir ini aku lebih banyak memencilkan diri,menikmati saat2 yang indah bersama suami dan anak..sesekali ada juga aku menjengah dalam ig,twitter,wasap,tp sekadar menjengah,tidak la seaktif dulu. Facebook pun aku dah deactive kan. Dan yang pasti ruang ruang yang ada aku sisipkan dengan mempelajari ilmu agama.

Tinggal beberapa jam saja lagi tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Yang pasti tahun ni meninggalkan seribu rasa dalam rencah kehidupan.Seperti tahun tahun sebelumnya,aku langsung tak meletakkan azam.cuma niat itu ku panjangkan dalam mendalami dan mempelajari ilmu agama harapan ku bukan menjadi wanita yang sempurna tapi menjadi wanita yang lebi baik.

Jika d selak lipatan sejarah 2015,tahun adalah tahun yang amat mencabar buat kami berdua.

April.
1kegembiraan buat kami bila suami dapat berpindah d negeri sendiri,walaupun bukan d daerah sendiri tapi skurang kurangnya ianya tidak jauh daripada family. Bila dah berpindah macam 2 kena la banyak kesabaran. Yang pindah 2 suami kita,yang pasti kita terpaksa bermula dari kosong.sebab apa? Kita just bawak apa yang perlu sahaja,barang kita tinggal,dan kena tunggu turn untuk penghantaran..amat sakit jugak la,seolah seperti pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Hahaha 
Dan pengalaman buruk yang tak dapat aku nak lupa kan bila d saat2 tengah bz packing barang 2 datang la jiran aku yg meroyan tak menentu pasal. Aku rasa langsung xda masalah dengan dia,tapi rasanya dia langsung xboleh nak trima kenapa aku xacpt dia dekat fb,kenapa aku xmesej or kenapa aku jarang lepak.. senang crita aku suka privacy i2 sahaja..at the end dia sendiri yang blok aku dekat fb.. makin tua makin tak matang.aku jnis tak suka nak cari musuh. Itu sebab aku lebi suka akan privacy. 

Ogos.Raya.
Raya tahun ni jugak menyaksikan aku dan husband beraya singkat d kampung. Yela berpindah d tempat baru,so undang undang dia x sama la,cuti kena tunggu turn 6tahun baru boleh cuti raya..payah kan? Hakikat yang harus d telan.cukupla niat kami berdua tertunai ,beraya bersama orang tua. Membahagiakan orang tua slagi mereka masi bernafas d bumi pinjaman ini,

Nov.
Tahun amat menyedihkan buat aku apabila razin d sahkan menghidap penyakit hernia.. 3minggu aku cuba untuk bertahan untuk tidak membawanya rawatan hospital..
Dan akhirnya razin d masuk kan ke hospital dan terpaksa d bedah.. itu adalah mimpi ngeri buat aku dan suami,walaupun ianya adalah minor kes,tapi hati ibu bapa mana yang tak risau melihat keadaan anak d jarum,terpaksa berpuasa selama 13 jam,menipu razin d dalam dewan bedah. Ya allah itu adalah satu kekecewaan buat aku..
"Razin baring dulu ya nak,kejap lagik amber (ambulance. Penangan robocarpoli) amik razin.."
Ayat penipuan aku buat razin,yang sememangnya suda mengerti apa akan terjadi.. dan paling menyedihkan bila segala ubatan d cucuk d tangan razin,dan razin meraung kesakitan.. luluh hati,gugur airmata melihat keadaan razin. Dalam 40min proses pembedahan 2,selesai saja aku d bawa menemui razin.. hanya tuhan saja yang tahu air mata berguguran tanpa henti melihat keadaan razin meracau 
"Adik xmau naik amber,adik xmau di sini adik mau jumpa abah" 
Ya Allah salah aku dalam penipuan ini.. selesai drama airmata,kami bergegas bawak razin naik amblnce,tunaikan hajat dia yang tertipu 2. Dan keesokkan harinya razin d benarkan pulang.tapi akan ada temu janji selepas 2bulan..  bagaimana memujuk razin ke hospital? Aku sendiri xpasti.. itu adalah igauan ngeri bagi razin dan jua kami..

Dec.
Adikku dah pun tamat f6,tinggal tunggu keputusan,aku harap ianya pasti membanggakan buat aku dan bapa.. d usia dari 13thn membesar tanpa kasih sayang mama,aku tak tahu apa prasaan dia.mungkin seperti aku sentiasa menangis dihati dan kini dia berusia 18tahun. Sedi hati mengenangkan sekarang ni dia dah mula bekerja,dengan niat tolong bapa dan kumpul duit untuk sambung study.. sebak hati,mengenangkan bapa dan adik.semoga Allah melimpahkan seluruh rahmat buat mereka berdua. owh yaaa bapa aku dah pencen,100% life dia skrg mendalami ilmu agama,knapa tak cari pengganti arwah mama? Cukup la dengan cinta buat mama walaupun bukan lagi d alam nyata ni buat dia bahagia,walaupun dengan berlinangan airmata, agungnya cinta.

Huh drama jugak tahun 2015 ni. Tak dapat nak coret memanjang. Cukup la 2 ayat tunggang langgang aku..aku ni bukannya pandai sangat nak mengarang macam vlogger yg lain 2..heheh tapi In sha Allah akan d perbaiki..

Selamat datang 2016



Wednesday, December 9, 2015

"whatsApp.Wasap.Wasup."📴

Assalamualaikum...

Lama benar ndak melawat blog ni,last update syawal hari 2... hehehe okay kali ni keberadaan aku d kampung halaman,mengisi ruang ruang yang ada untuk orang yang tersayang...

Okay guys kali ni aku nak stori skit tentang grup WhatsApps.. sejak akhir akhir ni semakin femes nitezen kita dengan grup grup whatsapps,grup skola la,grup family la,grup keja la dan banyak lagik la. bercerita mengenai grup,yang jadi isu sekarang ni adalah grup grup sekolah,tidak kirala samaada grup skola menengah or skola rendah hehehe...
yela,bila dah ko dah d masukkan dalam grup 2,slalunya macam macam ragam yang ko akan nampak,ada yang tukang kecoh ada yang tukang agama,ada yang silentreader,ada yang pak lawak dan macam macam lagik la.

Seyes cakap,dalam grup whatsapps ni,pada awalnya saja memang rasa kecoh,yealaaa sesi perkenalan sesi throwback nak imbas balik muka muka yang dah lama ko tinggalkan jauh d belakang.Bila dah macam 2,group admin akan bincang la nak buat reunion la,reunion mini la.siap set masa dan tarikh,member pun kecoh la,janji macam 2 janji macam ni,alih alih yang datang 2 just 5 6 orang..hahahha i2 dah jadi perkara normal la,yela kena ingat tak smua yang ada dalam grup 2 ada masa untuk aktiviti kawan,meyb ada yang keja jauh,meyb ada yang sibuk ngan family,ada yang sibuk ngan ank kucing,ada yang sibuk kucing nak beranak la,nenek sakit la nenek mau kawen la...hahhahaha dah masak la weiiiii...

Awal bulan sept tak silap aku,satu grup EX STUDENT SKBDT telah d tubuhkan,dalam 2 diorang masuk kan no aku,ada jugak la sesekali nama aku d sebut sebut,aku just jadik pemerhati je,ntah topik apa saja yang d bualkan dalm grup 2,bila orang left diorang dok meroyan.suka hati mak bapak diorang la nak left ka nak stay ka nak silent ka,i2 hak diorang privacy diorang..sapa tahu kehadiran grup grup ni membuatkan hp dia hang ka..heheh Aku dalam hati ni tunggu masa juga nak left,sampai la satu masa 2,ada geng Ex class 6C buat grup,aku pun apa lagik left la grup EXSTUDENT SKBDT 2,lantak diorang la nak kutuk aku..hahahah jiwa kental beb... hati kena kering kontang..hahah

Dalam grup 2 baru la aku memunculkan diri,heheh memperkenalkan diri..ada yang ingat 2 Alhamdulillah la,yang tak ingat 2 asyik suru aku selfie,ahahah aku jenis bukan kaki selfie,n paling penting gambar whatsapps aku hide hahahah 

Baru baru 2 ada la perjumpaan kecil kecilan,sekadar meluangkan masa bersama kawan kawan,owh ya 2 kawan kawan skola rendah aku..hepi jugak la dapat bertemu semula selepas 15tahun. dan salah satunya adalah bertemu dengan bestfriend aku.. PUTERI NILAM.
Bila orang cakap muka dia banyak dah berubah,nthen aku rasa macam terpelik sikit,bagi aku xda perubahan pun,cuma dia kaler rambut je macam cik bravo dalam crita Dia isteri luar biasa 2..heheh dia je yang memang skepala ngan aku.. memang rindu gila masa 2..
Masa perjumpaan 2 aku bawak razeen,maklum la dah beranak pinak macam ni anak xboleh nak simpan merata,lebi elok anak aku usung ke hulu kehilir..Alhmdulillah walaupun just 5org,ok la,ada pertemuan selepas perpisahan.. hehe..

Untuk masa sekarang ni memandangkan hp aku dah rosak,apa2 update tentang grup memang aku tak dapat nak folo up..so sori la ye kengkawan... maafkan hamba..lagipula hamba dah pun deac facebook untuk sekian kalinya...seperti slalunya hahahah. 

Adakalanya hidup dengan privacy i2 lebi mengindahkan...



Wednesday, August 5, 2015

❀ 20Syawal❀

Assalamualaikum..

Walaupun hari ni dah melangkah masuk 20syawal rasanya belum terlambat lagik diri ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Ucapan ringkas dari aku. Tak perlu pantun pujangga seloka segala,tak pasal pasal nanti ada yang meghoyan memanjang.



Tahun ni sambut raya dengan penuh kesederhanaan,aku dah sedia maklum yang husbnd aku memang xkan dapat cuti raya,kena tunggu 6thn baru boleh cuti. 2hari beraya d kampung nthen raya ke3 dah balik ke tempat keja husbnd.itupun tak sempat nak jumpa family belah arwah mak,aku just beraya d uma bapa ku n mertua..sungguh singkat masa bersama famili.. Begitula hakikat hidup dalam beruma tangga.

Memandangkan barang barang kami belum lagi sampai,kami tak da la nak buat open house ni,sepanjang syawal ni ada la jugak kami menziarahi 3 4 buah ruma sekadar memenuhi undangan famili dan rakan rakan.. 

Alhamdulillah walaupun syawal tahun ni d sambut penuh kesederhanaan,ianya memberikan seribu rahmat buat diri ni.banyak benda yang aku pelajari dalam meraikan syawal.. tapi yang pasti keseronokan 2 terpancar pada razin bertemu sanak saudara,manakala aku dan husband bersyukur d beri peluang beraya bersama orang tua kami..

Kepada yang mengenali diri ni sekali lagi kami sekeluarga mengucapkan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin" andai ada silap dan salah mohon d maafkan..

Ikhlas dari,
PUAN KOPIOTANPAGULA






Monday, May 25, 2015

Sekadar menjengah..

Assalamualaikum...

Heloo,lama benar kan ndak hapdet blog ni ,dalam sebulan lebi.. Maklum la bz ngn perpindahan suami pulang ke negeri sendiri. Alhamdulillah rezeki untuk tahun 2015. Ni pun baru adanya kesempatan hapdet blog.

Seyes cakap,perpindahan ni memang sangat sangat sangat la memenatkan. Bila dah pindah macam biasa la hidup kena mula dari bawah kan.Dah macam orang baru kawen pon ada ops... hihi Bawa balik barang perlu saja,yang lain tinggal sebab barang nanti smua  guna logistic.ntah kena tunggu brapa lama tak tahu la,tunggu bajet dari gov, Paling lama 5 6 bulan macam 2. So untuk masa ni uma memang kosong.
Tingkap kena cover pakai kertas minyak,tido beralaskan toto je.. lauk kena beli hari hari memandangkan peti sejuk takda,cuci baju jangan cakap la,kena cuci guna tangan..xpa la bersusa susa dahulu jan,yang penting skarang ni tinggal d negeri sendiri,so ada la dapat berjimat cermat skit..

Barang basah dekat sini takda la mahal sangat,cuma 2la,memandangkan hidup ni suri uma sepenuh masa,dapur 100% diri ni yang kena control. Hari 2 adalah jugak berbelanja skit,boleh d katakan hampir keseluruhan barang dekat market 2 memang dah naik harga,bukan la nak mengeluh,tapi jauh beza dgn tahun tahun sebelum ni. Dah la naik kena plak gst, rasa mcm kena double tau.beli top up rm30 kena bayar rm31.80 rm1.80 2 kalau kira balik boleh beli air susu kacang soya n keropok tuk anak aku tau. Hurm,diorang cakap senang la tidak membebankan,malah menyenangkan rakyat,cuba bagitau d mana yang senang 2? 20sen 60sen 5sen skali pun adalah duit tabung aku tau.. rm50 2 nilainya macam taik gigi tu,rm100 lagik la... nak tak nak kena la terima.yang kita ni hidup bersedehana pun da trasa susa n payahnya,apatah lagi orang yang betul betul kurang bekemampuan? Hurmm apa apapun kena la bersyukur.

Tak lama lagik ramadhan bakal menjelma,buat masa ni membayar hutang hutang yang tertunggak,hihi ada 8hari untuk d bayar,stakat ni 5hari dan lunas,tinggal 3hari je lagi kena lunas.. 

Ok la nak sangat stori panjang panjang tapi memandangkan anak aku dah meragam terpaksa hentikan untuk d sini..

Assalamualaikum.♥

Friday, March 20, 2015

Demam Teman Lelaki Upahan.. Akak dah jadik pengulas dik non

Assalamualaikum...

Weehooooo baru 2minggu xupdate,almaklum la busy skit husband dah balik kan, plus demam ngan drama Teman Lelaki Upahan..

Woohooo minggu depan merupakan epi yang terakhir untuk drama teman lelaki upahan.. ok jujur cakap memang jatuh cinta ngan drama ni,

➠ drama ni kalau tengok diorang tak macam berlakon tau,dia macam betul betul dalam dunia realiti,watak2 yang diorang bawak 2 memang berjaya membawa kita betul2 masuk dalam dunia "teman lelaki upahan"

➠ drama ni juga aku rasa best sebab dia berani ketengahkan pelakon yang bukan pebret penonton tau ,yela kadang aku tengok rakyat mesia ni,kalau nak tengok drama pelakon yang diorang minat kalau boleh nak perfect dari semua sudut muka ensem bagai la cantik la,badan sado la.. macam macam la.. 

okay kita biasa d sajikan dengan drama koprat.. walaupun cerita ni ada dato datin tan sri segala tapi kita kurang dengar n takkan nampak dalam crita ni projek ratusan ribu juta,yang ada pon cumala anak dato yang berlagak sombong.

➠ dan ni paling aku rasa best tau,tak da dan tak kan nampak kisah datin datin bengis rambut kepok kepok,beg mahal baju macam kain langsir bagai,mekap tebal tebal.. watak datin step mom kyra n umi El memang nampak natural,kita tak rasa pun crita ni kelas atasan... 

➠ drama ni ringkas dan tak meleret2 tau, macam nak tunggu seminggu merajuk bagai...cerita macam manis manis buah hahaha bahasa encik suami aku..

➠ okay dalam kelebihan mesti ada kekurangan tau,ok memandangkan tv dekat uma ni memang HD ianya xboleh tipu tau,masa abang long 2 pass away nampak mata dia gerak2 husbnd apa lagik gelak la,kita masa 2 mula dah nak nangis alih2 part abang long 2 aihh spoil laa... hehehe 

Waaa berjela tau aku senaraikan tentang drama ni aceceh.. okay la drama ni memang best,macam drama kerana terpaksa aku relakan.. stakat ni dua drama ni yang aku serius tengok,yang lain aku rasa macam crita meleret.. 

Dah macam pengulas drama la plak aku ni hahahha hope lepas tamatnya cerita ni,akan keluar la crita crita yang ringkas macam ni,bukan crita paksa memaksa kawen la,datin nak menantu cita rasa sendiri..macam macam la eh.. yang paling penting konsep ketuhanan 2,kena selit.. 

Mau kasi brapa bintang yaaaaaa?
✰✰✰✰✰

Hahaha ok duhhh

ASSALAMUALAIKUM..,

Tuesday, March 10, 2015

✿ Begolaknya Emosi ✿

Assalamualaikum..

Alhamdulillah Razeen dah pun berumo 2tahun1bulan9hari. Dan ini bermakna,dalam tempoh itu juga la saya menjalankan tanggungjawab saya  sebagai seorang ibu menyusukan Razeen sepenuhnya.Setakat ni alhamdulillah tempoh menyusukan anak selama 2tahun cukup terlaksana.Ada sebab mengapa saya menyusukan dia sepenuhnya. cukup la salah 1 sebab ini ianya amat kukuh 

 ☞ "seorang suri uma sepenuh masa.saya bukan wanita bekerjaya,kehidupan saya bukan takat 1 2 8jam bersama anak,tapi 24jam sehari.jadi mengapa perlu saya membazirkan duit suami saya sedangkan saya sendiri mampu mnyusukan anak sya"

 jadi suara2 sumbang yang banyak mengata tentang saya,saya tolak tepi,bagi saya ianya adalah lumrah,manusia ada yg suka ada yg tidak.. sekarang adalah proses untuk saya menceraikan susu badan dari anak.. semoga d permudahkan,memang kena tabah,kena menjadi seorang ibu yang hatinya benar benar kering,kering sekering2nya.. agar perasaan simpati dan kesian ini tidak beraja dalam hati...

Banyak juga saya follow up dekat blogger2 yang share diorang punya pengalaman..serius cakap bila diri sendiri yang alami,memang payah. Setakat ni belum berjaya,seharian razeen tidak menyusu badan,perangai dia pun berubah,malam asyik nangis.. rasa simpati ngan razeen,kita ni seorang ibu,memang cepat benar luluh hati tatkala melihat anak dalam keadaan macam 2,kadang kadang kita terasa sangat kejam dan bila dah emosi merajai dalam diri kita pun menitiskan airmata,. Proses yang pertama ini sekian kalinya gagal.. now meyh just baca 1 doa yang  jumpa dekat tenet, ⇩
Ada la perubahan sikit sikit.. inshaAllah akan terus berjuang, semoga ﷲ mempermudahkan usaha saya ini..



⇪my lovely son.. mummy sayang razeen..

❀ Mrs ZsanaLoo❀

Sunday, February 15, 2015

Cinta itu bersemi saat Aku menolaknya

Assalamualaikum..

Jika d buka lipatan sejarah bulan februari ni memang sangat sangat memberi catatan yang manis buat aku dan Encik Husband.Bila sebut tentang 14feb ni,ianya agak sensitifkan bagi yang beragama islam. Yang aku nak update ni bukanla benda yang berkaitan ngn Valentine Day..

14feb2011
merupakan titik permulaan d mana aku berjumpa ngan husband aku setelah 7tahun tak berhubung mahupun bersua.. yang paling kami ingat adalah kali terakhir bertentang mata "last paper spm 2004". Titik. Lepas daripada 2,kami masing2 melalui coretan cerita hidup suka gembira susa dan senang dalam diari hidup.Dan kami jua tidak pernah terlintas akan d pertemukan semula,apatah lagi menjadi sebahagian daripada hidup masing masing. Pertemuan kami ringkas saja, Duduk minum d restoran selera tanjung,just sengih2 ketawa2 senyum2..hahaha 2jela. Sangat ringkaskan? 

16feb2011
Masa 2 kami mula membincang kan 1 perhubungaan kearah yang lebi serius. Nak crita panjang berjela rasanya tak perlu la kan.. dia (Encik Husbnd) meletakkan syarat syarat keatas perhubungan kami.. syarat? Hahaha macam cinta kontrakan plak kan?
Seingat aku syarat 2 menyatakan 
-3Bulan adalah tempoh utk kami mengenali hati budi masing masing
-Berhak memutuskan sekiranya rasa kurang berkenan.

Ayat lebi kurang macam 2 la..hahaha mesej panjang berjela nok..mana la mummy ingat dah 4tahun berlalu hahahaha

Lepas 2?? Haaa seperti biasa mesej chat.. haaa masa 2 aplikasi whatsapp xda lagi,yang ada hanya la yahoo mesengger.. dan masa 2 dia nak balik ke kk paling ingat ayat ni 
"kalau aku naik pangkat tahun ni,hujung tahun aku pinang kau"
ayat 2 tak la manis sangat tapi ianya seolah2 memberi harapan untuk sesebuah perhubungan itu akan berakhir dengan nota permulaan hidup baru.. kan?

Menjalani kehidupan seperti biasa dan akhirnya Apa yang dia cakap dan niatkan mendapat keredhaan Allah.

2sept2011
Kami bertunang..act ikutkan permintaan dia,nak sangat kawin akhir tahun 2011,tapi masa 2 bapa aku xbersetuju untuk kami langsungkan majlis pada akhir tahun,yela kena pikir nak uruskan itu ini dalam masa yang singkat bukan la 1 benda yang senang lebi lebi lagi aku mana ada mak so kena paham la kebergantungan aku 100% hanya kepada wali aku..dan kebetulan jua dia pada masa 2 bakal menjalani kursus asas selama 3bln.. so niat tuk bina masjid 2 d tunda kepada 17feb2012..

17feb2012.
 Bermulanya kisah baru dalam kehidupan..dan masa itu dalam fikiran hanya terlintas ini adalah realiti bukan fantasi..


16feb2011-17feb2012( 1thn1hari..)
Takdir dan waktu serta jodoh itu semuanya adalah rahsia Allahkan? Berjodoh dengan orang yang langsung aku sendiri tak pernah terfikirkan..








Friday, February 13, 2015

kedegilan.

Assalamualaikum.

Agak lama jugak rasanya tidak update dan melepaskan apa yang terbuku d dalam blog ni kan.

Deactive Facebook
Kenapadan mengapa tak perlu la d persoalkan,
Semoga lepas ni terus istiqamah dan berpegang teguh dengan ikrar diri untuk tidak mengaktifkan dan menceburkan diri dalam dunia facebook lagi.. Apa yang terjadi harap ianya menjadi pedoman kepada diri sendiri.

Yang buruknya datangnya drpd diri sendiri,yang baik semuanya drpd Allah SWT.

So far jaringan aku yang ada hanyala blogger,Twitter dn instagram...

Banyak benda yang merubah diri ni kearah yang lebi baik, Insha Allah aku akan updte d Entry yang akan datang.. Mata penat otak dah beku,masa untuk merehatkan diri..

Pesan untuk diri sendiri : lepas ni jangan degil lagik.. *mencari redha Ilahi

yayang + sayang 50years