Saturday, May 24, 2014

Berhati hati tika membeli

Assalamualaikum..

Hye iolsss... mesti dah dengar tentang kekecohan tentang coklat cadbury yang tersebar luas d media sosial yg d katakan mengandungi DNA haiwan pink itu.. memang tekejut gila bila baca artikel 2,tapi nasib baik aku ni bukan jenis suka makan coklat(mcm time skola menengah ngeeeeee) itu dulu sekarang tak lagi..

Eiiii aku takmo la mengulas panjang tentang hal itu,sejauh mana kesahihan artikel 2 biar la pihak yang berkenaan tampil dan sedia memberi keterangan yang sewajarnya berhubung ngan kes tersebut.cewah ayat dah macam penulis surat khabar lama..hahahah

Ni mo ceta skt,tentang kegilaan aku. kegilaan yang suka mengumpul kasut anak bujang aku..
Memandangkan Incik Suami masi lagik d pedalaman so aku pun tadik bawak la Razin jalan jalan ke Mall. Ingat tadik mau window shoping jee,alih alih terbeli jugak kasut untuk Razin


Chumel kan... Bila dah Xcted sangat beli kasut ni terlupa la plak tadik cek luar dan dalam. Luar xda masalahnya,yang menjadi masalahnya tadik tapak dalam 2. Baru teperasan yang tapak 2 ada bintik bintik 3. Tekejut jugak,sah memang tapak dalam 2 daripada Kulit haiwan kaler pink 2.. so aku pun xnak la belengah lagik. terus je buang.. Xyah nak pikir sangat soal tapak dalam kasut 2,sebab kasut razin memang banyak sangat..so boleh amik tapak tu buat ganti sementara..

So kesimpulannya lepas ni kalau nak beli kasut anak kena la cek betul betul dan pastikan bila nak beli kasut anak ianya bebas dari kulit haiwan pink itu :)


 taraaaaaaaaaaaaa ni la koleksi kasut Hayyan Razin. Dari baby sampai la sekarang...Bila dah kumpul macam 2 rasa ianya terapi untuk diri hilangkan stress... Tiap hari aku akan hadap benda ni dan aku akan bersihkan dan jugak akan merenung smua ni... 

K la ebribadi... 

Out dulu.....

Goodnite... Love Mrs Zsanaloo

Monday, May 19, 2014

Aku dan dunia berhijab

Assalamualaikum....

Cuti cuti sabtu dan minggu macam ni sepatotnya masa d habiskan bersama Incik Suami, tetapi memandangkan Incik Suami bertugas(operasi) d pedalaman, jadi masa masa kelapangan macam ni hanya melayan karenah anak. Nak kuar pun terasa malas yang amat sangat. Terasa tak lengkap hidup ni,tapi nak buat macam mana, dah tugas Incik Suami kan...
Bila dah berjauhan macam ni macam macam perasaan ada, sedi sayu rindu acehcehceh hahahaha..
Eishhhhh takmo la jiwang memalam ni...Malam ni nak kongsi skit dunia wanita berhijab..

Satu ketika dulu nama HANA TAJIMA sungguh gah d persada seni wanita berhijab d tanah air kita.Menjadik icon fashion dan ikutan para remaja. Termasuk aku sendiri...huhu tapi yang pasti aku berhijab bukan d sebabkan Hana Tajima atau sesiapa saja. Memang dah lama pasang niat dari tahun 2010 tapi tercapai jua pada 2011 Alhamdulillah..

Memang tak d nafikan bila dah mula berhijab macam macam persoalan dan cakap2 yang kurang senang d dengar. Tapi manusia macam aku ni tak brapa nak peduli sangat. Bukan diorang yang tentukan pahala dan dosa aku,bukan diorang yang tahu pun niat suci murni aku, Semua 2 aku serahkan pada Allah swt.

Walaupun cuma suri rumah tangga,aku berfesyen mengikut kemampuan.tak lebi dan tak la kurang..ala kadar saja..Dulu sebelum ada anak ni,memang gah ngan skirt tudung lilit kemain lagik tarik sana tarik sini.Pin bunga sana bunga sini..bila dah ada anak selera nak dress up tue kurang skit.nak pakai skirt pun berpikir 2x.jangan kan itu,dulu meriah sakan ngan beg tangan dah pun betukar pakai beg belakang..hahaha dulu barang barang gegirl je sumbat dalam 2...
sekarang hambik ko...... pampers,baju wipes,bedak minyak kayu putih eihhh macam macam la barang keperluan anak sumbat dalam beg.hahahahah 

Yang tue 1hal,yang 1 hal lagik, baru start nak besiap siap,anak dah merengek nak kuar darik uma,tak sabar sangat nak jalan..Nasib aku dapat suami yang memahami, bila time aku  nak siap,kompom Incik suami akan bawak anak masuk dalam kereta..Biasa la orang pompuan ni nak besiap memang amik masa skit..dalam 30mint 2pun kalau laju..kalau yang duk tukar itu ini,tak kena tu ini memang makan masa terkadang masyuk 1jam sampai telena anak dalam keta menunggu kita bersiap hahahaahah nasib jela Incik suami ni jenis sabar alahai dalam kesabaran terkadang sindir jugak hahahah

Wanita macam aku ni tak la jenis addict sangat dengan fesyen. seperti aku katakan tadi berfesyen mengikut kemampuan dan jugak keselesaan diri...takmo la over sangat kang over dapat suami macam aku tue,tak pasal pasal kena kutuk... dress lebi skit... haaaa ni lawa banar mau kemana ni..macam nak mengacarkan WANITA HARI INI je hahahahah tueeee dia kena sebijik..dalam kutukkan tue semestinya pujian skit tak gitu Incik Suami.. ngeeeeeeeeeeeeeeeee :)

 candid darik incik suami... tabiat kitaorang kalau nak kuar mesti nak pakai baju sama kaler..

Apa2pun aku sentiasa istiqamah..yang baik jadikkan teladan yang buruk jadikkan sempadan...

Goodnite 

Salam sayang  : Mrs ZsanaLoo
 





 

Thursday, May 8, 2014

REWARDS : FTIMBER HANDBAG

Assalamualaikum...

Hola everyone, nampak tak gambar d atas ni... hehe ni la hasil rezeki tangan yang menaip,mengikuti contest yang F.timber anjurkan dekat facebook.

Redeem beg dekat Kaunter Ftimber d Parkson BintangMegaMall MYY.. Ni atas pilihan incik husband.. Syukur Alhamdulillah..

Ftimber memang terbaik la...


yayang + sayang 50years