Thursday, April 17, 2014

Rezeki tangan yang menaip

Assalamualaikum..

Korang mesti pena dengar kan tentang Handbag n Purse Forest Timber.?

Haaaa baru baru ni aku ikot la contest yang page F.timber anjurkan dekat fb. Contest tu senang ja, like,share n comment d mana kita blh dapatkan beg 2. Aku just mencuba nasib. Tapi dalam masa yang sama memang sangat mengharapkan aku adalah pemenangnya,Alhamdulillah rezeki berpihak pada aku,Aku adalah salah satu 3orang daripada pemenang itu..

Masa cek phone tadik 2 rasa macam terkejut jugak,lepas tu aku gelak sorang sorang,siap sebut yeah yeah..husband pun rasa terpelik skit,nthen trus rampas phone aku, dia baca n terus tergelak. siap cakap,  "alhamdulillah jimat duit abah nak tahun ni xpayah belikan mummy beg F.T" hahahaha husband memang macam tu suka sangat usik aku. 
Yela dia memang tahu aku memang gilakan brand F.T ni sejak dari remaja lagik. Tu pun arwah mama yang selalu hadiahkan tuk aku. Mama n kakak juga adalah peminat F.T. Handbag n purse FT memang sangat berkualiti dan tahan lama. Hadiah yang arwah mama berikan pada aku pun masi lagik dalam simpanan aku, dan masi dalam keadaan yang baik sedangkan ianya adalah antara koleksi masa remaja ku.. :) memang sangat berkualiti..

Husband pun dari tadi tiada hentinya duk usik aku..hahaha... tak pa la janji hari ni aku senang hati. Macam menang berjuta juta rasanya hehehehe



Korang yang fanatik ngan F.T ni boleh la like page FT dekat fb :
https://www.facebook.com/pages/F-Timber/641094212618471



Tuesday, April 15, 2014

Dunia Puan Kopi

Assalamualaikum,

Beberapa hari ni tak dapat nak hapdet blog d sebabkan musibah yang datang melanda. Syukur alhamdulillah segalanya dapat d tangani dengan segera,smoga perpindahan kami d blok  Iris ni terhindar la dari perkara perkara yang tak d ingini. Ujian yang datang ni bukan la melemahkan tapi menguatkan..

Tatkala husband sibuk dengan dunia takrawnya, aku pula sibuk memerah idea dan keringat menghasilkan kraf kraf yang bermutu untuk aku jual. Bermula dari bawah bukan la satu tekanan bagi diri ni,tapi ianya adalah 1 cabaran bagi diri ni.

Nak hidup memang macam ni, kena ada usaha,selebihnya serahkan kepada Allah SWT,jika IAnya mengizinkan rezeki itu pasti milik kita kan. Dunia bisnes memang tak dapat d pisahkan dalam diri aku, seingat aku,sejak d bangku skola lagik aku suka akan kraf,hasil hasil tangan aku kebanyakkan arwah mak(masa 2 mama masi ada lagik n bekerja) bawa n jual ngan kawan kawan dia. Slalunya memang mendapat sambutan.

Aku bermula sekali lagik dalam dunia bisnes ni atas izin suami, ya la, nak keja Encik Qaz memang tak bagi punya,bila sentuh soal keja Encik Qaz akan tarik muka dan akan cakap
"tak yah keja,mummy keja sama abah,jaga abah,jaga anak abah,jaga makan minum kami,keja dalam uma.pun keja jugakkan my"
Memang dah hafal ngan jawapan jawapan suami 2. Tak apa la, Encik Qaz memang ada sebab sendiri mengapa tak mengizinkan aku bekerja dan aku sebagai isteri menghormati keputusannya.

Memang bukan mudah menceburkan diri dalam dunia bisnes ni. Risiko memang sangat tinggi.Tapi Usaha kena lah lebi kan. Dan dalam dunia bisnes ni jugak la macam macam ragam custmer kita kena hadap. Tak pa tu semua dugaan dalam mencari rezeki yang halal.
Terkadang ada juga yang iri hati dengan apa yang kita lakukan, tak semua orang suka apa yang kita buatkan. Mulut orang kita tak mampu nak tutup,dan kita tak bisa memuaskan hati semua pihak.Lumrah kehidupan memang sedemikian rupa.

Apapun Yang kita lakukan jika Allah SWT mengizinkan, InsyaAllah kita akan memperoleh kejayaan.

Amin




yayang + sayang 50years